Saturday, October 24, 2020

MAJLIS PERNIKAHAN ROSLINDA RAHMAT 2020

 MAJLIS PERKAHWINAN ROSLINDA RAHMAT -2020



Linda dan anak-anak ; dan Nani (Mariana) sebelum majlis

Sunday, July 12, 2020

sekadar FAKTA...

Ingin tahu?

KENAPA ninda saya, Hj Abdullah berhijrah ke Johor dan menetap disana?

Sewaktu moyang saya berhijrah dari Indonesia ke Malaysia pada awal tahun 1900an, kedua-duanya tinggal di Temoh, Perak. Moyang saya mempunyai wang yang agak banyak hingga suatu hari Ninda saya Haji Abdullah dituduh mengambil sebahagian wang tersebut.  (Wang tersebut tidak diambil oleh ninda saya, Hj Abdullah).

Untuk mengelakkan daripada dimarahi oleh moyang Jaafar B.Ali, ninda saya Hj.Abdullah  bersama adiknya Idris b. Jaafar melarikan diri dari rumah ke Segamat. Caranya agak lucu. Beliau berjalan kaki menggunakan trek keretapi dari Temoh ke Segamat.

Sekitar tahun 1970an, Ninda saya menetap di Kampung Pasir Tampoi, Johor Bahru,  manakala ninda Idris duduk di Kluang.

Sekadar info.

(nota: sebagaimana yang diceritakan oleh ibu saya)
 

Sunday, May 24, 2020

KELUARGA ZAKARIA/RAHMAH

Keluarga Hj Zakaria dan Hjh Rahmah Abdullah


Nota: Gambar koleksi Norazian Zakaria

Wednesday, May 13, 2020

KELUARGA MUSA BIN RASHID

Musa bin Rashid telah menjaga ibu saya Habibah @Zainon setelah ninda saya (Saripah Binti Rashid, adik kepada ninda Musa Bin Rashid) meninggal dunia di Perak sekitar tahun 1980an.

Ninda Musa Bin Rashid pernah bertugas sebagai pegawai polis sebelum berhenti kerja dan menetap di Kampung Gunong Mesah Hilir, Gopeng, Perak. Selain menoreh getah, beliau menjual buah-buahan seperti Durian dan manggis sewaktu musim buah-buahan. Seorang yang warak dan selalu membaca alquran. Turut diberi upah untk mengaji di tanah perkuburan. Yang menarik, beliau selalu tidur dan mengingau dengan membaca al quran.

Salah satu minat beliau ialah menyimpan surat-surat lama dan ekoran daripada itu, saya berjaya mendapatkan setem-setem lama daripada surat beliau.

Beliau turut membantu saya menghantar saya menemui ninda saya Hj Gempal di Batu Kurau sewaktu cuti sekolah. Yang menarik perjalanan itu akan singgah di Kuala Kangsar dan Pondok Queen,Batu Kurau.

Tidak lupa, beliau menulis surat kepada saya sebelum saya berlepas ke London dengan harapan agar sentiasa membantu kedua-dua ibubapa, menghormati yang tua dan selalu membuat kebajikan keatas ahli keluarga khasnya kedua-dua ibubapa.

(SEMUGA ALLAH MEMBERKATI ARWAH DAN DITEMPATKAN BERSAMA-SAMA ORANG YANG BERIMAN- AMIN!)

Isterinya bernama Khadijah dan meninggal dunia setelah sakit hampir 3 tahun di Kampung Gunong Mesah Hilir, Gopeng, Perak.

MAKLUMAT - Disinilah keluarga Rashid Maidin (yang belajar sejarah PKM sebelum merdeka mengenali beliau) menginap -Kampung Gunong Mesah Hilir,Gopeng,Perak.

Anak-anaknya adalah  pakcik dan makcik kepada saya.

1.Mohd Isa Bin Musa - usahawan di Gua Musang dalam bidang pembalakan. Meninggal dunia dalam perjalanan pulang dari Gua Musang Ke Gopeng sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri.

2.Aisah - telah meninggal dunia ekoran sakit jantung yang dihidapnya sewaktu remaja.
   satu-satunya anak perempuan ninda Musa

3.Khalil - juga telah meninggal dunia.

4.Yaakob - meninggal dunia di Gopeng.

5.Ishak - kini menetap di Kampung Sindhu, Batu Gajah.

6.Mohd Yunos - kini menetap di Tengkera, Melaka.


NOTA:
MUSA BIN RASHID DAN BAPA HABIBAH ZON  adalah SEPUPU.

BONDA ZAINON DENGAN HABIBAH ZON -  SECOND COUSIN



Saturday, April 25, 2020

KELUARGA MOHD NORDIN

Keluarga Mohd Nordin bin Hj. Abdullah, Taman Krubong Jaya, Melaka


MOHD NORDIN B. HJ ABDULLAH (ayahnda saya, adik kepada bonda Zainon)
Isteri NORHAYATI BT. MD YASSIN (Makcik Yan)

ANAK-ANAK  (sepupu saya)
1.NAQIB B. MOHD NORDIN
2.SYAFIQAH BT. MOHD NORDIN
3.MOHD SYAKIR B.MOHD NORDIN
telah mendirikan rumah tangga pada 14Mac2020 (19Rejab 1441H) dengan
NOR AFIFAH BT. SABTU
4.NATASYA BT. MOHDNORDIN

anak-anak Mohd Nordin Abdullah/15MAR2020
Nota: No 62,JLN KJ55,TMN KRUBONG JAYA,75260 MELAKA