Sunday, May 24, 2020

KELUARGA ZAKARIA/RAHMAH

Keluarga Hj Zakaria dan Hjh Rahmah Abdullah


Nota: Gambar koleksi Norazian Zakaria

Wednesday, May 13, 2020

KELUARGA MUSA BIN RASHID

Musa bin Rashid telah menjaga ibu saya Habibah @Zainon setelah ninda saya (Saripah Binti Rashid, adik kepada ninda Musa Bin Rashid) meninggal dunia di Perak sekitar tahun 1980an.

Ninda Musa Bin Rashid pernah bertugas sebagai pegawai polis sebelum berhenti kerja dan menetap di Kampung Gunong Mesah Hilir, Gopeng, Perak. Selain menoreh getah, beliau menjual buah-buahan seperti Durian dan manggis sewaktu musim buah-buahan. Seorang yang warak dan selalu membaca alquran. Turut diberi upah untk mengaji di tanah perkuburan. Yang menarik, beliau selalu tidur dan mengingau dengan membaca al quran.

Salah satu minat beliau ialah menyimpan surat-surat lama dan ekoran daripada itu, saya berjaya mendapatkan setem-setem lama daripada surat beliau.

Beliau turut membantu saya menghantar saya menemui ninda saya Hj Gempal di Batu Kurau sewaktu cuti sekolah. Yang menarik perjalanan itu akan singgah di Kuala Kangsar dan Pondok Queen,Batu Kurau.

Tidak lupa, beliau menulis surat kepada saya sebelum saya berlepas ke London dengan harapan agar sentiasa membantu kedua-dua ibubapa, menghormati yang tua dan selalu membuat kebajikan keatas ahli keluarga khasnya kedua-dua ibubapa.

(SEMUGA ALLAH MEMBERKATI ARWAH DAN DITEMPATKAN BERSAMA-SAMA ORANG YANG BERIMAN- AMIN!)

Isterinya bernama Khadijah dan meninggal dunia setelah sakit hampir 3 tahun di Kampung Gunong Mesah Hilir, Gopeng, Perak.

MAKLUMAT - Disinilah keluarga Rashid Maidin (yang belajar sejarah PKM sebelum merdeka mengenali beliau) menginap -Kampung Gunong Mesah Hilir,Gopeng,Perak.

Anak-anaknya adalah  pakcik dan makcik kepada saya.

1.Mohd Isa Bin Musa - usahawan di Gua Musang dalam bidang pembalakan. Meninggal dunia dalam perjalanan pulang dari Gua Musang Ke Gopeng sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri.

2.Aisah - telah meninggal dunia ekoran sakit jantung yang dihidapnya sewaktu remaja.
   satu-satunya anak perempuan ninda Musa

3.Khalil - juga telah meninggal dunia.

4.Yaakob - meninggal dunia di Gopeng.

5.Ishak - kini menetap di Kampung Sindhu, Batu Gajah.

6.Mohd Yunos - kini menetap di Tengkera, Melaka.


NOTA:
MUSA BIN RASHID DAN BAPA HABIBAH ZON  adalah SEPUPU.

BONDA ZAINON DENGAN HABIBAH ZON -  SECOND COUSIN